BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...........
Perkahwinan adalah merupakan perkara yang akan diingati sepanjang hayat. Semua orang mengharapkan setiap perkahwinan akan berkekalan bukan hanya hingga ke anak cucu.. malah hingga ke akhir hayat. Justeru kerana itu setiap orang berharap perkahwinan yang akan, baru dimulakan akan mejadi kenangan manis sepanjang hayat dan tak akan pudar walau telah lama hidup bersama..
Kerana itu perkahwinan yang bakal dilangsungkan sewajarnya sempurna dan mengikut kemampuan masing-masing.
Tidak dilupakan juga kad undangan yang merupakan adat ketani orang melayu .. mengundang tetamu lebih awal dari tarikh perkahwinan..
Kad undangan merupakan padangan pertama apabila pihak tetamu menerima kad yang diberikan. Ia seolah-olah refleksi kepada bakal pengantin dan setiap acara perkahwinan yang akan dilangsungkan.
Jadi sewajarnya elakkan kad undangan yang dibuat secara sambil lewa yang seolah-olah menggambarkan majlis itu sendiri kerana kad undangan itu adalah pandangan pertama apabila pihak tetamu menerima kad yang dibuat secara ala kadar. (contohnya dengan hanya membuat kad jemputan yang disalin dari mesin fotostat). Namun demikian setiap individu mempunyai hak membuat keputusan masing-masing berdasarkan pandangan, adat, cara dan kemampuan masing-masing.
Namun demikian perlu diingat kad jemputan yang yang baik cetakannya adalah sebagai tanda hormat kepada tetamu majlis tersebut. Malah terdapat juga tetamu yang datang ke majlis perkahwinan itu dengan menghulurkan sejumlah wang sumbangan. Soal untuk berjimat atau membazir tidak timbul kerana pasangan pengantin boleh menempah kad yang sederhana rekaannya dengan kos yang minima atau eksklusif dengan mengikut kemampuan dan 'budget' yang telah diambil kira.
Pastikan juga tiada kesalahan pada ejaan termasuklah nama-nama penting, tarikh, tempat dan sebagainya.
Pastikan pihak pengantin menempah kad jemputan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal dari tarikh mengedarkan kad jemputan memandangkan proses pencetakan kad jemputan memerlukan masa setelah desain kad dipersetujui oleh semua pihak.
Pastikan juga pihak pengantin mengedarkan kad jemputan lebih awal atau selewat-lewatnya seminggu/dua minggu sebelum majlis diadakan. Kad jemputan yang dihantar terlalu lewat akan menyebabkan tetamu itu tidak sempat membuat perancangan untuk hadir ke majlis tersebut. Selalunya ia terjadi kerana pasangan pengantin tidak membuat persediaan awal untuk menempah kad jemputan tersebut.
Setelah semua perkara di atas dan yang berkenaan telah diambil kira jadi janganlah kita membuat kad jemputan dengan sambil lewa memandangkan ianya merupakan perkara pertama yang akan menggambarkan majlis yang bakal dilangsungkan.....
Dengan itu setiap orang dan kita sendiri akan sentiasa mengingati perkahwinan yang bakal dilangsungkan dan jika perkahwinan kita dimulai dengan sesuatu yang sempurna dan menjadi kenangan maka perkahwinan yang bakal dilangsungkan juga bakal berjaland dengan lancar dan sempurna..
Amin.. Ya.. Rabbal.. Al- Amin
Sekian dulu sepatah dua kata dari saya,..
Izz E-Shoppe
8118480
Lambak / Negara Brunei Darussalam
Friday, 22 October 2010
SEPATAH DUA KATA MENGENAI KAD UNDANGAN
Posted by Izz-Shoppe at 09:22
Labels: SEPATAH DUA KATA

